Dekat.

Ibu… Dekatkanlah dirimu dengan Allah

Ketika malam ta’ziah, gurunda Ust. Ustadz Abdul Somad عبد الصمد hafizhahullah bercerita mengenang maknya, “Mak ku tu, gemar bersedekah. Setiap melihat orang susah, pasti cerito ke kami untuk membantu orang tersebut. Tapi dia tak pernah minta ke aku. Hanya cerito sajo, kalau duitnyo tak cukup untuk membantu. Aku paham, ujung-ujungnyo pasti tambahan untuk sedekah itu.”

Beliau juga bercerita, ketika sampai di bandara Medan waktu wafat maknya, dijemput oleh Pak gubernur. Ungkapnya, “Pas saya keluar bandara, langsung dikasih pak Edi duit, tebal (sembari merenggangkan jempol dan telunjuknya). Teringat saya, rupanya duit mak dulu yg dimasukkannya ke amplop yg tipis tu. Setiap kotak tu, duit, duit, duit. Itulah yg dia bagi. Itu duit dia sendiri, entah dia tahan selera makan dia, atau duit sawitnya yg dibagi-bagi. Dia tak pernah minta duit. Hari ini, Allah perlihatkan balasannya.”

Kalau kenduri (mengundang orang tuk makan-makan) di Silau Laut, mak saya selalu masak rendang sendiri di Pekanbaru. Tak pernah pesan di katering. “Kenapa mak buat rendang jauh-jauh di Pekanbaru, tidak di Asahan sajo?” Tanya ku. Jawab mak saya, “Aku tak tau yg memasak ghondang (rendang) tu, bebasuh konciangnyo apo tidak (maksudnya, dalam keadaan berwudhu atau tidak).” Ternyata mak saya tu kalau memasak, selalu mencuci beras, ikan jo daging, di akhirnyo selalu disirami jo air sholawat. Baju pun dicucinyo jo air shalawat. Patutlah berkah hidup ini. Makanya, yg bertuah itu bukan saya, tapi mak (terlihat mata beliau berkaca-kaca menahan tangis).

Lanjut beliau, “Mak saya sangat perhatian dalam pendidikan anaknyo. Waktu kecil, mak selalu menghantarkanku ke guru-guru ngaji dengan rotan yg sudah dibelah empat. “Ini aku serahkan anakku, Abdul Somad, ini rotan. Tolong ajari anakku. Kalau jahat Somad ni nanti, pukullah cu (panggilan untuk yg lebih kecil). Pukullah cu.” Ujar mak saya. Begitulah mak saya, selalu menyerahkan aku ke guru-guru untuk belajar mengaji sejak kecik. Dan tak pernah lupa mengontrol pendidikan anaknya.

Setelah itu, beliau mengungkap tentang ibadah maknya. “Mak saya tu, kuat ibadahnya. Saya tak sanggup. Ba’da Maghrib ke isya, dia duduk di sajadah. Jam 9 dia tidur. Jam 2 bangun untuk shalat tahajjud & dzikir. Buku wiridnyo toba (tebal). Sudah tu, dia mandi sebelum shubuh. Setiap senin kamis puasa. Makanya pas dia wafat, dalam keadaan puasa sesudah sahur.”

Suatu hari, Ust. Abdul Somad pernah menguping percakapan antara maknya dan sahabatnya, uwak iti. “Apo kau do’akan anak kau?” tanya uwak Iti. “Dulu… waktu dia tu di Mesir, di Maroko, setiap malam ku bacakan anakku tu, 100 kali al-Fatihah. Tiap malam.” Jawab mak saya kepada sahabatnya tadi.

“Mak tak pernah cerita itu ke saya. Patutlah saya di Mesir, tak pernah sakit, tak pernah domom (demam), di Maroko pun sehat wal ‘afiyat. Tapi sekarang saya mulai khawatir, karena mak dah tiada. Tidak ada lagi do’a mustajab dari beliau.” Ungkap beliau.

Maa syaa Allah… Kesholehan seorang ibu, kunci kesuksesan dunia akhirat seorang anak. Do’a ibu adalah keberkahan hidup seorang anak. Patutlah engkau memiliki anak seperti gurunda Ust. Abdul Somad hafizhahullah. رحمك الله وغفر ذنبك يا أم

Teruntuk para ibu… Teruslah dekatkan dirimu kepada Allah. Ketuklah pintu Rabbmu di setiap penghujung malam dengan shalat dan munajatmu. Agar anakmu menjadi shaleh & hidup anakmu dalam berkah & ridho Rabbmu. Tidakkah engkau ingin seperti Hj. Rohanah rahimahallah, yg mendapatkan do’a kaum Muslimin dari seluruh penjuru negeri?

Teruntuk para anak… Teruslah cari ridho ibu dan ayahmu. Jangan berhenti berbuat kebaikan kepada & untuk mereka. Mintalah selalu do’a mereka. Khususnya do’a ibunda. Agar hidupmu penuh berkah dan ridho Rabbmu. Sehingga kebahagiaan selalu menyertai langkahmu. Tidakkah engkau ingin ibumu mendapatkan kedudukan mulia di sisi Rabbmu?

ربنا اغفر لنا ولوالدينا وارحمهما كما ربيانا صغارا وارفع درجتهما في الدنيا والآخرة… آميـــن

Kampung Syahadah, 17 Rajab 1440 H
Rasyid Minangkabawi

Solat duha.

AKIBAT BUAT SOLAT DHUHA

Ramai Org Yg belum tahu akibat yg akan mereka RASAkan bila rajin “SOLAT Dhuha”.

Bertuah anda ber- kesempatan lihat & membaca artikel ini

Pertama
Org yg solat Dhuha – Allah akan ampuni dosa2nya. “Barangsiapa yg selalu mengerja -kan solat Dhuha niscaya akan diampuni dosa2 -nya walau sebyk buih di lautan.”
(HR. Turmudzi)

Kedua
Dia tergolong sbg org yg BERTAUBAT kepada Allah swt. “Tidaklah seseorg selalu mengerjakan solat Dhuha kecuali ia TELAH tergolong sbg orang yang BERTAUBAT.”
(HR. Hakim).

Ketiga
Dicatat sbg ahli ibadah & TAAT kepada Allah swt. *“Barangsiapa yg solat Dhuha 2 rakaat, maka dia TIDAK ditulis sbg org yg LALAI. *Barangsiapa yg mengerjakan 4 rakaat, maka dia ditulis sbg org yg Ahli IBADAH. *Barangsiapa yg mengerjakan 6 rakaat, maka dia dislmtkan di hari itu. *Barangsiapa mengerjakan 8 rakaat, maka Allah tulis dia sbg org yg TAAT. * Dan siapa yg mengerjakan 12 rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di Syurga untuknya.”* (HR. At-Thabrani).

Keempat
Dia akan masuk syurga lalui pintu KHUSUS, pintu Dhuha yg Allah disediakan khas. “Sesungguhnya di dlm syurga terdpt sebuah pintu Dhuha. Apabila Kiamat tiba maka akan ada suara yg berseru, ‘Di mana -kah org2 yg semasa hidup di dunia selalu solat Dhuha? Ini adalah pintu buat Anda. Masuklah dgn ‘RAHMAT’ Allah S.W.T.”
(HR. At-Thabrani).

Kelima
Allah akan mencukupkan REZEKInya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari 4 rakaat dlm mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan mencukupkanmu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

Keenam
Dia telah mengeluarkan SEDEQAH. “Hendaklah masing2 kamu Bersedekah utk setiap ruas tulang badanmu pd setiap pagi. Sebab setiap kali Bacaan Tasbih itu adalah sedekah, setiap TAHMID adalah sedekah, setiap TAHLIL adalah sedekah, setiap TAKBIR adalah sedekah, menyuruh kpd yg ma’ruf adalah sedekah, mencegah yg mungkar adalah sedekah. Dan sbg GANTI utk semua itu, maka cukuplah Tunaikan 2 rakaat Solat Dhuha.”
(HR Muslim).

Setelah Baca, Hayati & Fahami… Masih ada Alasan Untuk Meninggalkan Soalat Dhuha ?

Solat Dhuha mempunyai kedudukan MULIA.
Disunnahkan utk kita kerjakan sejak terbitnya matahari hingga menjelang solat Zohor.
SEMANGAT SOLAT DHUHA

🍃 Rasulullah saw bersabda: “Barang siapa yg sampai -kan 1 ilmu saja & ada org yg mengamalkannya, maka walaupun yg menyampaikan itu sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap perolehi pahala.”
(HR. Al-Bukhari).

Dap sial fitnah Tabung Haji.

Saya dedahkan satu lagi fitnah dan penipuan dari PH sebelum PRU14.

Pada bulan Mei 2015, Tabung Haji membeli tanah TRX dari 1MDB dengan harga sekitar RM190 juta.

PH mengambil kesempatan dan menggunakan pembelian itu untuk menghasut Rakyat untuk membenci BN.

Mereka tuduh kita rompak TH dengan memaksa TH membayar harga yang terlalu tinggi untuk tanah TRX, kononnya untuk “bail-out” 1MDB.

Mereka kata tak ada banyak kegiatan di projek TRX dan ianya hanya satu lubang besar yang tidak bernilai.

Saya percaya ramai pada masa itu telah diperdayakan dan dipergunakan oleh fitnah PH.

Saya dan BN dimaki teruk pada masa itu. Kononnya saya nak rompak wang Umat Islam.

Hari ini, kita semua boleh melawat ke TRX dengan MRT.

Boleh saksikan sendiri bangunan tertinggi di Kuala Lumpur dan ASEAN.

Boleh tengok bangunan ibupejabat syarikat antarabangsa seperti Prudential, CCCC, HSBC, Lend Lease dan sebagainya di sana.

Berpuluh ribu pekerjaaan gaji tinggi secara langsung da dan ratusan ribu secara tidak langsung telah dan akan diwujudkan.

Sehingga Menteri Kewayangan menyifatkan TRX bernilai RM40 bilion kini merupakan antara aset terbaik negara.
https://www.nst.com.my/business/2019/02/459497/lge-describes-rm40b-trx-one-malaysias-best-assets-beckons-investors-take

Kita yang usahakan dan kena fitnah, Menteri Kewayangan yang rasmikan TRX pulak.

Minggu lepas, kerajaan PH mengumumkan bahawa tanah TRX milik TH ini telah dijual dengan harga RM400 juta dan ini telah memberi keuntungan RM204 juta kepada TH.

Tak sampai masa 4 tahun pun.

Dari menipu dan merompak Tabung Haji dengan tanah “lubang besar” kepada aset terbaik negara yang memberi keuntungan berganda beratus juta kepada Umat Islam.

Adakah mereka yang pernah fitnah dan maki saya tentang isu ini pada masa itu mahu mengaku dan meminta maaf?

BN dan saya buat dengan niat baik untuk memberi manfaat kepada kroni kita iaitu rakyat tetapi difitnah dan dimaki pula.

Pihak sana yang memfitnah pula menang dengan fitnah dan kini mengaut hasil daripada usaha kita.

Walaupun TH telah untung berganda, saya masih tidak setuju dengan penjualan tanah TRX itu.

TH patut membangunkan tanah itu dengan sendiri.

Mereka ada syarikat TH Properties Berhad yang mempunyai track-record yang baik.

Boleh bangunkan sendiri dan menjana pendapatan jangkamasa panjang untuk TH membayar dividen.

Kenapa nak jual tanah kosong dan membuka peluang untuk syarikat swasta kroni mengaut keuntungan dari pelaburan TH jika TH sendiri ada kebolehan untuk membangunkan tanah itu?